KUALA LUMPUR 29 April – City Coin Laundry Sdn. Bhd. (LaundryBar) secara rasminya membuka cawangan ke-500nya di M-Avenue, Segambut. Outlet yang juga merupakan cawangan mega bagi syarikat dobi layan diri itu.
Ketua Komunikasi Korporat dan Penjenamaan, Mohd. Fadzli Ab. Rahim berkata, lebih banyak cawangan LaundryBar akan dibuka diseluruh Malaysia dan antarabangsa dan pihaknya merancang untuk membuka 150 cawangan baru menjelang akhir tahun ini.
“Selain itu, pembukaan cawangan baharu ini adalah antara strategi pertumbuhan syarikat untuk menjadi pemain utama industri yang berdaya saing dalam pasaran” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Yang turut hadir pada majlis perasmian cawangan berkenaan, Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA), Datuk Radzali Hassan, Setiausaha Agung MFA, Mohamad Shukri Salleh dan Pengarah Urusan Kumpulan City Coin Laundry Sdn. Bhd., Paul Ang.
Sumber: The World News
Full Article: https://theworldnews.net/my-news/laundrybar-buka-cawangan-ke-500