Shah Alam, 19 Mei 2023,
Menggunakan khidmat dobi layan diri sebenarnya menjimatkan waktu. Kita hanya menghabiskan masa sejam berbanding empat jam jika membasuh pakaian menggunakan mesin basuh konvensional di rumah.
Pengasas City Coin Group, Paul Ang berkata, tindakan beraninya memperkenalkan perkhidmatan dobi layan diri 10 tahun lalu ternyata berbaloi.
Menurutnya, meskipun ketika itu beliau terpaksa berhadapan risiko dobi layan diri miliknya tidak mendapat sambutan, Paul percaya bidang baharu yang diceburinya itu mempunyai masa depan yang cerah.
“Seperti yang diduga, orang ramai akhirnya ‘ketagih’ menggunakan dobi layan diri kerana perkhidmatannya yang pantas,” katanya ketika ditemui pejabatnya di Desa Aman, Kepong baru-baru ini.
Paul berkata, ilham untuk mencuba perniagaan dobi layan diri yang kini terkenal dengan jenama LaundryBar itu adalah ilham isterinya Sandra Chua selepas melihat perkhidmatan dobi layan diri di Australia.
“Saya mulanya tidak yakin tetapi selepas kajian dibuat rupa-rupanya perkhidmatan dobi layan diri ini boleh berjaya sebab tidak ada sesiapa yang berani memulakannya ketika itu.
“Akhirnya sebuah pusat dobi layan diri di bawah jenama LaundryBar dibuka di Desa Aman Puri, Kepong.
Sumber: Sinar Harian
Artikel Penuh: https://www.sinarharian.com.my/article/259154/berita/nasional/laudrybar-perintis-dobi-layan-diri