Jakarta, 25 Ogos 2023,
Misi perdagangan 12 syarikat francais Malaysia ke Indonesia menyasarkan potensi pelaburan bernilai RM50 juta, menurutKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Dua memorandum persefahaman (MoU) di antara jenama MyeongDong Topokki dan Genius Aulad dengan rakan perniagaan mereka di Indonesia dimeterai bagipembukaan outlet itu di sini.
“Keseluruhan pelaburan bagi kedua-dua MoU itu bernilai RM7.5 juta,” kata Ketua Setiausaha Datuk Azman Mohd Yusof. Jenama-jenama yang terlibat dalam misi itu ialah Marrybrown, Globalart, HOME Maths Therapy, Smart Reader Kids, LaundryBar, Q-dees, US Pizza, MY Art Studio,Mokti’s, MyeongDong Topokki, Genius Aulad dan Little Caliphs.
Azman turut merasmikan Pavilion Francais Malaysia di International Franchise, License & Business Concept Expo & Conference di Tangerang, Banten yangberlangsung dari 25 hingga 27 Ogos.
Pameran itu menghimpunkan lebih 150 syarikat francais daripada pelbagai negara untuk mempromosikan perniagaan francais mereka.
Azman juga dijadualkan merasmikan outlet ketiga US Pizza di Jakarta, serta melawat outlet MyeongDong Topokki dan Globalart untuk meninjau operasi mereka.
Sumber: BERNAMA
Artikel Penuh: https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=2219681&fbclid=IwAR00-ulpr3WxKTkI7IYd-IVZrkqnOPlcuUvyWeGHAyy053_1BQ5ZDX4UcZA_aem_AewdwaDOqxGoofJLlfGFbYSWBbGiGFmrRcXDI_1miFWgwTBQqbGZv6g0ck9vsFwdywY