Franchise News
Jakarta, 25 Ogos 2023,
JAKARTA: Misi perdagangan 12 syarikat francais Malaysia ke Indonesia menyasarkan potensi pelaburan bernilai RM50 juta, menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Dua memorandum persefahaman (MoU) di antara jenama MyeongDong Topokki dan Genius Aulad dengan rakan perniagaan mereka di Indonesia dimeterai bagi pembukaan outlet itu di sini.
“Keseluruhan pelaburan bagi kedua-dua MoU itu bernilai RM7.5 juta,” kata Ketua Setiausaha, Datuk Azman Mohd Yusof.
Beliau yang mengetuai delegasi Persatuan Francais Malaysia, melahirkan keyakinan bahawa 12 syarikat tersebut akan memberi pulangan pelaburan kepada negara.
Jenama-jenama yang terlibat dalam misi itu ialah Marrybrown, Globalart, HOME Maths Therapy, Smart Reader Kids, LaundryBar, Q-dees, US Pizza, MY Art Studio, Mokti’s, MyeongDong Topokki, Genius Aulad dan Little Caliphs.
Pameran itu menghimpunkan lebih 150 syarikat francais daripada pelbagai negara untuk mempromosikan perniagaan francais mereka.
Azman juga dijadualkan merasmikan outlet ketiga US Pizza di Jakarta, serta melawat outlet MyeongDong Topokki dan Globalart untuk meninjau operasi mereka. – BERNAMA
Sumber: Astro Awani
Artikel Penuh: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kpdn-sasar-potensi-pelaburan-rm50-juta-di-misi-perdagangan-indonesia-434567?amp=1