Putrajaya, 7 Jan 2023,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyasarkan industri francais negara berkembang antara 20 hingga 30peratus tahun ini, didorong prospek yang memberangsangkan terhadap sektor itu walaupun berdepan cabaran ekonomi semasa.
Ketua Setiausaha kementerian (KSU) Datuk Azman Mohd Yusof berkata sasaran itu boleh dicapai sekiranya semua pihak berkepentingan termasuk agensi kerajaan membantusektor francais untuk berkembang dengan menawarkan inisiatif yang bersesuaian.
“Ini (sasaran pertumbuhan) boleh berlaku dengan syarat semua pihak memainkan peranan untuk sama-sama mengusahakan bentuk-bentuk inisiatif yang baik kepada kumpulanfrancais ini tidak kira KPDN, pihak berkuasa tempatan atau kementerian lain.
“Kalau di luar negara, kita harap kementerian terlibat dapat membantu francais kita berurusan dengan lebih mudah,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran outletOldtown White Coffee di IOI City Mall di sini hari ini.
Azman berkata KPDN akan terus memberi sokongan penuh kepada sektor francais termasuk mempermudah proses-proses (perniagaan), mengatasi masalah birokrasi selainbekerjasama dengan kementerian lain untuk membantu sektor itu berkembang maju.
“Dalam proses ini melibatkan beberapa agensi yang lain kerana sekiranya hendak mewujudkan outlet ini, berkemungkinan terlibat dengan agensi lain. Kita terlibat dengan memberilesen. Mungkin kita akan bersama-sama agensi kerajaan untuk membicarakan semula apa yang boleh kita permudahkan.
“Inilah caranya kita menyahut seruan kerajaan kali ini untuk membantu masyarakat yang terkesan dengan kos sara hidup. Kita juga memastikan bidang ekonomi tidak terkecuali,”katanya.
Terdahulu, Azman dalam ucapannya berkata KPDN selaku kementerian yang bertanggungjawab kepada industri francais Malaysia akan terus memberi sokongan penuh kepadapenglibatan masyarakat dalam sektor itu termasuk usahawan yang ingin menaik taraf perniagaan kepada sistem francais.
“Dalam usaha untuk membantu usahawan dan masyarakat umumnya, kementerian akan melaksanakan inisiatif untuk mengawal kenaikan harga barang dan merangka pemberiansubsidi bersasar untuk meringankan kos sara hidup.
“Saya yakin industri ini dapat berkembang dengan lebih cemerlang pada masa akan datang dengan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak,” katanya.
Azman berkata program promosi perniagaan francais di dalam dan luar negara juga akan terus dipergiatkan bagi menyokong penggiat dan usahawan francais untukmempromosikan perniagaan dan bersama-sama menyumbang ke arah pengukuhan ekonomi negara.
Naib Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA) Mohamad Shukri Salleh pula berkata sehingga Disember tahun lepas, sebanyak 1,154 jenama francais telah berdaftar dengankementerian.
Beliau berkata ketika ini jenis perniagaan francais yang mewakili sektor francais adalah makanan dan minuman, peruncitan dan perkhidmatan.
Beliau berkata MFA sentiasa bekerja seiring dengan kementerian dan menjadi pendokong kepada kerajaan sejak dahulu sehingga kini, selain turut mempromosikan industrifrancais dalam bentuk jerayawara serta pameran di dalam dan luar negara.
“Kita juga bersama-sama KSU telah mengenal pasti beberapa negara dan francaisor yang berkelayakan untuk kita bawa ke luar negara kerana bukan sewenang-wenangnya kitabawa. Kita akan ambil kekuatannya (francaisor) untuk dibawa ke luar negara.
“Kalau kita berjaya di luar negara, kita dapat membawa balik banyak royalti masuk ke Malaysia,” katanya.
Sumber: Bernama
Artikel Penuh: https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=2154184