Kuala Lumpur, 1 Ogos 2019,
Cleanpro Laundry Holdings Sdn Bhd (Cleanpro), rangkaian kedai dobi layan diri tempatan memperkenalkan perkhidmatan tanpa sentuh bagi mesin basuh dan pengering layan dirinya di 300 cawangan Cleanpro Express seluruh negara.
Inisiatif terbaharu itu membolehkan orang ramai menggunakan kad debit dan kredit Visa bagi pembayaran di semua cawangan Cleanpro Express termasuk cawangan Aladin Dobi dan Ibu Sayang.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Goh Sen Kiat berkata, Cleanpro adalah jenama kedai dobi layan diri pertama yang menggunakan dan menerima pembayaran tanpa sentuh di Malaysia dan rantau Asia Tenggara.
Sumber: Harian Metro
Artikel Penuh: https://www.hmetro.com.my/bisnes/2019/08/481434/khidmat-tanpa-sentuh