Disediakan oleh: Program Development & Operation
PERLAKSANAAN PROGRAM PAYUNG RAHMAH OLEH PENGGIAT FRANCAIS
MFA sedang menjalankan kajian tinjauan perlaksanaan Program Payung Rahmah di kalangan penggiat industri francais tempatan bagi membolehkan pihak MFA untuk turut sama menyebar luas tentang tawaran tersebut di samping menyokong usaha kerajaan untuk menjayakan program ini.
Oleh yang demikian, kami dengan rendah hati ingin memohon kerjasama ahli MFA untuk menyertai kajian ini dengan mengisi borang kajian seperti di bawah.
PROGRAM PAYUNG RAHMAH
Dalam menangani cabaran kos sara hidup ini, KPDN telah menggariskan dua strategi utama sebagai hala tuju tahun 2023 iaitu:
- Membantu
- Mendaya Upaya
Program ini adalah langkah jangka pendek bagi mengurangkan beban sara hidup golongan B40. Inisiatif ini adalah hasil kerjasama dengan beberapa kementerian termasuk Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian Pertanian & Keselamatan Makanan.