28 Ogos 2018,
KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Perbadanan Nasional Berhad (PNS) terus bekerjasama meneruskan mempromosikan industri francais tempatan ke Australia selepas melaksanakannya di Indonesia dan Thailand.
Dalam satu kenyataan medianya, PNS berkata, promosi itu dilakukan menerusi pelaksanaan program Misi Promosi Francais Malaysia ke Melbourne, Australia sempena Pameran “Melbourne Franchising and Business Opportunities 2018 (MFBO 2018)” yang diadakan di Melbourne Convention & Exhibition Centre, Melbourne, Australia pada 25 hingga 26 Ogos lalu.
Menurut PNS, sebanyak 10 syarikat francais Malaysia iaitu Brain Checker, Laundrybar, Marrybrown, Muzart, Smart Reader Kids, The Manhattan Fish Market, ELV, Celmonze, Teh Tarik Place dan FerLab
“Misi promosi francais di Australia bertujuan mencari peluang meneroka pasaran di Australia dan mengenalpasti perniagaan francais Australia yang berpotensi untuk dibawa ke Malaysia.
Source: Sinar Harian
Artikel Penuh: http://www.sinarharian.com.my/bisnes/inisiatif-promosi-francais-tempatan-ke-australia-1.873065