Kuala Lumpur, 23 Mei 2018,
Persatuan Francais Malaysia (MFA) menjangkakan industri francais negara akan terus mencatatkan pertumbuhan sehingga 10 peratus tahun ini.
Pengerusi MFA, Datuk Radzali Hassan berkata, pertumbuhan positif itu dijangka dapat dicapai berikutan peningkatan yang direkodkan pada Pameran Antarabangsa Francais Malaysia (FIM) 2018.
“Sebanyak RM410 juta transaksi jualan direkod sepanjang FIM 2018 yang berlangsung pada April lalu yang mana ia menunjukkan peningkatan daripada RM371 juta transaksi pada FIM 2017.
“Malah, sebelum ini kami mengunjurkan pertumbuhan tahunan industri antara lima hingga lapan peratus dan tahun ini kami melihat industri mampu berkembang antara 8.0 hingga 10 peratus,” katanya pada taklimat media sempena Anugerah Francais Malaysia (AFM) di sini, semalam.
Sumber: Harian Metro
Artikel Penuh: https://www.hmetro.com.my/bisnes/2018/05/342239/industri-francais-unjur-pertumbuhan-10