Stockholm/New York
12 February 2019
Pengambilalihan syarikat berkenaan oleh IKEA adalah sebahagian daripada usaha untuk menawarkan perkhidmatan yang lengkap kepada jenama perabot berkenaan.
Dalam satu kenyataan mengenai aktiviti Taskrabbit sejak dibeli IKEA, pegawai kanannya memberitahu Reuters bahawa jumlah pekerjaan yang diselesaikan oleh pekerja Taskrabbit telah melonjak dua kali ganda. Daripada jumlah itu, 10 peratus adalah berkaitan kerja pemasangan perabot yang meningkat daripada dua peratus sebelum ini.
Ketua Eksekutif Ingka Group yang memiliki hampir semua cawangan IKEA, Jesper Brodin, berkata Taskrabbit kini berkembang ke segmen rekaan dalaman dan turut meninjau perkhidmtan membaiki perabot. Sementara itu, data pelanggan Taskrabbit boleh membantu IKEA untuk muncul dengan idea baharu bagi perabot.
“Dalam komuniti yang sedang berkembang ini, ia bukan lagi hanya mengenai hal untuk membaiki satu atau dua perabot tetapi ia kini menuju ke arah profesional dalam rekaan dalaman serta kemudahan kehidupan di rumah,” kata Brodin di ibu pejabat Taskrabbit di San Francisco, Amerika Syarikat (AS).
Sejak pengambilalihan berkenaan, Taskrabbit kini berkembang ke semua 48 bandar di AS dengan cawangan IKEA berbanding 41 sebelum ini. Di Britain, ia beroperasi di London dan 11 bandar lain serta turut dilancarkan di Toronto, Kanada pada September lalu.
Sumber: Berita Harian
Artikel: https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian-malaysia/20190212/282106342897623