Ipoh, 13 Okt 2024,
House of Mind Excellence (HOME) TerapiMatematik menyasar untuk membuka 500 cawangan di seluruhnegara dan di Indonesia pada tahun depan.
Pengarah HOME, Muhamad Tajudin Mustafa berkata sasaran itumampu dicapai dengan perkembangan jenama tersebut yangsetakat tahun ini telahpun mempunyai 160 cawangan, yang mana merupakan suatu di luar jangkaan.
“Setakat hari ini seramai 113 usahawan francaisi telah berjayadilahirkan, dengan hampir 1,500 tutor terlatih dan lebih 10,000orang pelajar yang berdaftar di seluruh cawangan
“Di peringkat antarabangsa, kami secara aktif menyokong inisiatifkerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan danKoperasi (KUSKOP) menerusi penyertaan beberapa misi perdagangan dan sedang meneroka pasaran baharu di seluruhIndonesia menjelang 2025,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian AnugerahKecemerlangan HOME 2024 (HEA2024) di sini, hari ini,yang disempurnakan oleh Setiausaha Bahagian PembangunanFrancais dan Vendor KUSKOP, Chek Zainuddin Chek Jusoh.
Muhamad Tajudin berkata HOME bukan sekadar jenama tetapimerupakan platform berperanan membantu anak-anak melaluikaedah pembelajaran yang menyeronokkan, mudah difahamiserta disokong oleh sinergi pendekatan terapi dan psikologi.
Beliau berkata pendekatan tersebut memberikan manfaat besar kepada kanak-kanak khususnya dalam membina keyakinan diri, meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan seterusnya membantu perkembangan minda kanak-kanak.
HOME adalah jenama di bawah QC Group Sdn Bhd, Pusat Perkembangan Minda berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menyediakan program pendidikan untuk anak-anak berusia dari 4 hingga 19 tahun.
Sumber: Bernama
Artikel Penuh: https://bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=2351186