Kuala Lumpur, 20 Disember 2022,
House of Mind Excellence (HOME) Terapi Matematik, sebuah pusat perkembangan minda menawarkan peluang perniagaan francais mikrodan mampu milik dalam bidang pendidikan, meraih tiga anugerah pada Majlis Makan Malam Anugerah Francais Malaysia (AFM) ke-24, baru-baru ini.
Tiga anugerah berkenaan ialah Anugerah Inovasi Terbaik Ekosistem Francais, Anugerah Gangsa dalam kategori Francaisor Harapan Terbaik dan Anugerah Khas Francaisor Mikro& Mampu Milik Terbaik 2022.
HOME Terapi Matematik dalam kenyataan hari ini memaklumkan satu daripada Francaisinya, Al-Muthla Resources dimiliki Wan Nourul Akmal Abd Aziz, telah disenarai pendekdalam pencalonan akhir Francaisi Harapan Terbaik.
Pengasas HOME Terapi Matematik Che Nurul Khairunnisa Che Kadir dalam kenyataan sama memuji semangat tidak berbelah bahagi pasukannya dan komitmen berterusanmereka dalam memastikan kejayaan pusat pembelajaran sehingga berjaya memperoleh pengiktirafan berprestij.
“Anugerah ini memberi impak amat besar dalam perjalanan perniagaan kami ini. Semua ini adalah hasil daripada sikap terus optimis daripada pasukan. Mereka tidak berhentidalam menyumbang tenaga dan idea sehingga kini. Sememangnya ini adalah anugerah untuk semua yang sentiasa bersama HOME dari dulu sehingga kini,” katanya.
Che Nurul Khairunnisa berkata HOME bersedia menghadapi cabaran 2023 dengan lebih jelas, berstruktur dan berstrategi dengan pembukaan cawangan antarabangsa pertamanyadi Indonesia pada Feb 2023.
“HOME masih dalam perancangan untuk mengembangkan perniagaan francais ke negara-negara lain seperti Brunei, Filipina dan Afrika,” katanya.
Program Francais Mikro dan Mampu Milik (F3M) yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada 2021, telahmemberi satu inisiatif kepada HOME Terapi Matematik untuk turut sama menyertai program tersebut sebagai francaisor.
Program ini telah membuka peluang kepada golongan B40 dan M40 dalam menceburi bidang perniagaan francais dengan modal bawah RM100,000 melalui manfaat pemberianGeran Padanan Program Pembangunan Francais Mikro dan Mampu Milik (F3M).
Lapan daripada Francaisi HOME Terapi Matematik telah menerima Geran Padanan tersebut dan telah beroperasi hampir setahun sehingga hari ini.
Geran Padanan ini telah membantu ramai rakyat terutamanya para graduan, surirumah dan golongan B40 serta M40 yang telah kehilangan perkerjaan ketika wabak COVID-19melanda.
Sumber: BERNAMA
Artikel Penuh: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2149555