Putrajaya, 25 Febuari 2018,
Pembekal produk penjagaan kesihatan terkemuka, GINTELL menganjurkan pameran kesihatan bermula 21 Februari lalu hingga 5 Mac ini bagi mempromosi produk terbaru keluaran syarikat berkenaan, GINTELL DeSpace Star.
Pameran di IOI City Mall di sini, mempromosikan kerusi urut siri UFO terbaru itu yang menyediakan alternatif terbaik urutan dengan tiga ciri unik program urutan iaitu XV-Track, Roller Balls Moon dan 4D Reflex Spa.
XV-Track berukuran 135 sentimeter (cm) merangkumi urutan perlindungan badan sehingga 48 peratus bagi urutan berkesan.
Selain itu, ia dilengkapi bola urut, Roller Balls-Moon dengan panjang lebih dua cm berbanding bola urut biasa yang memberikan 20 peratus lebih kesan urutan untuk membetulkan postur tubuh badan terutama di bahagian leher, bahu, pinggang dan punggung.
Fungsi baharu 4D Reflex Spa menggabungkan dua teknologi pemanasan lutut iaitu satu ciri khas yang bermanfaat untuk golongan berusia, selain terapi guasa yang mampu meningkatkan peredaran darah serta merangsang titik akupuntur di bahagian.
Pameran kesihatan berkenaan turut mempromosi produk keluaran GINTELL yang lain seperti sofa urut DeVani.
GINTELL hari ini turut menampilkan model antarabangsa dan duta GINTELL, Amber Chia yang membuat penampilan khas bagi memeriahkan pameran berkenaan.
Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan GINTELL, Simon Hue.
GINTELL turut memperkenalkan maskotnya, buat pertama kali, Star Rider.
Sempena sambutan Tahun Baharu Cina, jenama kerusi urut terkemuka di Malaysia itu menawarkan promosi yang mana pelanggan boleh menikmati rebat RM2,000 dengan pembelian GINTELL DeSpace Star dan terhad bagi 100 pelanggan terawal sementara stok masih ada serta tertakluk pada terma dan syarat.
Read more at : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/02/392760/gintell-despace-star-redakan-tekanan