Kuala Lumpur, 18 Mei 2023,
Gains Education Group menawarkan peluang pemilikan francais mampu milik untuk tadika Genius Aulad bagi melahirkan lebih ramai usahawan dalam bidang pendidikan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Gains Education Group, Julie Wong, berkata dengan rekod penerimaan yang kukuh serta mendapat pelbagai pengiktirafan, Genius Aulad telah terbukti sebagai penyedia pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti tinggi.
Beliau berkata, pendidikan awal atau prasekolah kekal sebagai asas penting bagi mana-mana komuniti dan model perniagaan Genius Aulad sendiri mengalami pertumbuhan yang luar biasa khususnya dalam era pasca pandemik.
Katanya, dengan permintaan untuk penjagaan profesional dan asuhan anak terus meningkat, masa depan francais berkaitan pendidikan memberikan peluang yang besar kepada bakal usahawan.
“Dalam usaha untuk menjadikan pendidikan awal kanak-kanak dapat diakses dengan mudah, Genius Aulad menawarkan yuran francais hanya pada RM50,000,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, tawaran itu adalah pelaburan mampu milik bertujuan untuk memperkasakan bakal usahawan dalam bidang pendidikan memiliki dan mengendalikan pusat Genius Aulad mereka sendiri.
“Fokus kami adalah menyampaikan hasil pendidikan yang cemerlang untuk kanak-kanak. Lantaran itu peluang pemilikan francais mampu milik dan program pembelajaran yang dipertingkatkan adalah bukti komitmen kami ini.
“Kumpulan berhasrat untuk menyediakan pendidikan dan penjagaan berkualiti tinggi kepada kanak-kanak di mana-mana saja,” katanya.
Wong berkata, ketika ini Genius Aulad memiliki 80 cawangan di seluruh Malaysia serta Indonesia dan bersedia untuk mengembangkan lagi operasinya di dalam dan luar negara.
Beliau berkata, pelan pertumbuhan strategik ini bertujuan untuk memperluaskan lagi manfaat daripada program pendidikan Genius Aulad kepada kanak-kanak di seluruh dunia.
“Ini adalah peluang yang tiada tandingan untuk individu menyertai Genius Aulad. Dengan permintaan terhadap pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti semakin meningkat, ini adalah peluang terbaik untuk menjadi usahawan dalam bidang ini.
“Untuk maklumat lanjut peluang francais mampu milik dan faedah menjadi sebahagian daripada keluarga Genius Aulad, sila layari www.geniusaulad.edu.my atau hubungi business@geniusaulad.com.my,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Artikel Penuh: https://www.bharian.com.my/bisnes/usahawan/2023/05/1102825/genius-aulad-tawar-yuran-francais-hanya-rm50000