KUALA LUMPUR, 5 April 2019,
Malaysia mempelawa kalangan francaisor asing untuk menjadikan negara ini sebagai hab serantau syarikat masing-masing berikutan kelebihan yang dimiliki.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata peningkatan kemakmuran di rantau ini juga sewajarnya menjadikan Malaysia sebagai destinasi menarik bagi francaisor asing melancarkan produk dan perkhidmatan mereka ke pasaran baharu.
“Malaysia mengalu-alukan kehadiran francaisor dalam dan luar negara untuk membuka perniagaan di sini. Kewujudan faktor persekitaran dan kerajaan yang mesra perniagaan seharusnya dapat meyakinkan anda bahawa Malaysia adalah pilihan terbaik sebagai hab bagi mengurus pelaburan anda.
Artikel penuh: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/04/549327/francaisor-asing-dipelawa-jadikan-malaysia-hab-serantau