23 April 2015 – Utusan Malaysia
PUTRAJAYA 23 April – Program ‘Franchise Malaysia Goes Global’ berjaya mengembangkan perniagaan 60 syarikat francais tempatan di 55 buah negara menerusi kewujudan 2,380 premis.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, perniagaan francais tempatan itu turut beroperasi di beberapa bandar raya utama dunia antaranya Tokyo, London, New York dan Sydney.
“Kejayaan mewujudkan lebih 2,000 premis ke serata dunia ini membuktikan bahawa syarikat francais Malaysia juga mampu bersaing dan berdiri sama tinggi dengan syarikat francais luar negara,” katanya ketika berucap merasmikan program Hari Francais 2015 di kementeriannya di sini hari ini.
– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/francais-malaysia-tembusi-55-negara-1.83986#sthash.JIQnP3gg.dpuf