29 May 2014 – Malaysia Gazette
Persatuan Francais Malaysia (MFA) menyasarkan urusniaga sebanyak RM370 juta pada program Franchise International Malaysia 2014 (FIM2014) yang akan berlangsung bermula 13 Jun ini.
Pengerusinya, Datuk Mohd. Latip Sarrugi berkata, program selama tiga hari itu bakal menyaksikan peningkatan urusniaga berbanding RM368 juta pada tahun lalu.
” Bermula 13-15 Jun ini, seluruh warga francais akan berkampung di Pusat Dagangan Dunia Putra untuk kali ke-21.
“FIM2014 yang merupakan anjuran bersama MFA dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan turut melibatkan pengisian ajtiviti utama iaitu Persidangan Antarabangsa, pameran francais, bengkel demo produk dan perkhidmatan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian mesyuarat Agung Tahunan MFA Ke-19 di PWTC di sini hari ini.
Mohd. Latip berkata, MFA turut menyasarkan peningkatan pengunjung seramai 12,000 orang pada tahun ini berbanding 10,500 orang pada tahun lalu.
Beliau menyeru orang ramai agar dapat hadir pada FIM2014 kerana masuk adalah percuma.–MalaysiaGazette