Kuala Lumpur, 12 November 2018,
Persatuan Francais Malaysia (MFA) menyasarkan kehadiran 12,000 pengunjung ke Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia (FIM) 2019 dengan jangkaan pelaburan mencecah RM400 juta sepanjang tiga hari acara itu berlangsung mulai 5 April depan.
FIM 2019 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Pengerusinya, Datuk Radzali Hassan berkata sasaran tersebut berdasarkan kejayaan FIM 2018 yang mencatatkan transaksi perniagaan sebanyak RM370 juta melibatkan lebih 100 jenama francais tempatan dan antarabangsa.
“Pada FIM 2019, sebanyak 140 ruang pameran disediakan untuk penggiat-penggiat francais dan 30 peratus daripadanya telah pun diisi.
Sumber : BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=1664043