Kuala Lumpur, 12 Nov 2018,
Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia (FIM) 2019 yang bakal diadakan pada 5 hingga 7 April 2019 diunjur menarik lebih 12,000 pengunjung.
Pameran anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Persatuan Francais (MFA) akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Kumpur.
Setiausaha Agung MFA, Mohamad Shukri Salleh berkata, FIM adalah program tahunan francais terbesar di Asia Tenggara dan ia merupakan landasan terbaik bagi menyokong usaha kerajaan membangunkan lebih ramai usahawan francais.
“Sebanyak 140 ruang pameran disediakan untuk penggiat francais sepanjang pameran tiga hari berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Sumber : Utusan Malaysia
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/fim-2019-sasar-12-000-pengunjung-1.785619#ixzz5WcyLtYrz
© Utusan Melayu (M) Bhd