KUALA LUMPUR 12 Mei – Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2017 (FIM 2017) yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selama tiga hari sehingga Ahad ini, dijangka menarik kehadiran seramai 10,000 pengunjung.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, pengunjung termasuk dari Johor, Pahang dan Sarawak mula membanjiri FIM 2017.
“Tahun demi tahun kami sentiasa mencari perubahan agar pameran ini lebih relevan dan diterima oleh masyarakat dan pemain industri, selain penawaran elemen baharu iaitu sesi pemadanan perniagaan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Katanya, sebanyak 47 buah syarikat tempatan mengisi sebahagian besar atau 70 peratus ruang pameran, sementara 25 syarikat antarabangsa dari 10 negara lagi mengisi baki 30 peratus ruang pameran disediakan.
“Antara jenama tempatan yang mempamerkan produk dan perkhidmatan pada acara itu ialah The Manhattan Fish Market, Cleanpro, Ar-Rahnu X’Change, Teh Tarik Place, Smart Reader Kids, Daily Fresh, Laundry Bar, Coolblog dan Marrybrown.
“Sementara itu, jenama antarabangsa pula termasuk Avon, Gloria Jeans Coffee, Hokkido, Smart Brain, Caramel Tree English, ThaiExpress, Island Shop, Mom’s Touch, Doner And Gyros, Eye Level, Edumarking dan Little Sheep,” katanya.
FIM 2017 merupakan penganjuran kali ke-24 sejak pameran itu mula diperkenalkan pada tahun 1992 hasil usahasama antara MFA dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/fim-2017-dijangka-tarik-10-000-pengunjung-1.480647#ixzz4ofYe8dTe
© Utusan Melayu (M) Bhd