5 Mac 2014 – Malaysia Gazette
HASAN (dua dari kiri) menerima cenderahati dari Datuk Mohd Latip Sarrogi (dua dari kanan) selaku Pengerusi Persatuan Francais Malaysia pada majlis pra pelancaran Pameran dan Persidangan Antarabangsa Franchise International Malaysia (FIM) 2014 yang berlangsung di Tutti Frutti Precint 15 Putrajaya. Gambar: ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR/MALAYSIA GAZETTE (4 MAC 2014)
KERAJAAN menyasarkan Pameran dan Persidangan Antarabangsa Franchise International Malaysia (FIM) 2014 akan mencapai nilai potensi pelaburan sebanyak RM370 juta.
Menteri Perdagangan Dalam negeri, Koperasi dan Kepengunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, sasaran itu lebih tinggi berbanding pencapaian sebanyak RM368 juta pada FIM tahun lepas.
“Daripada jumlah itu, kementerian menyasarkan penjualan sistem francais kepada 1,500 potensi francaisi hasil penyertaan daripada 130 syarikat francais atau pempamer.
“Selain itu, sejumlah 300 peserta Persidangan antarabangsa dan 12,000 pengunjung turut disasarkan,” ujarnya Pra pelancaran FIM 2014 di premis Tutti Fruiti di sini hari ini.
FIM 2014 diadakan selama tiga hari bermula 13 Jun ini di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Menurut Hasan, usia FIM yang sudah diadakan sejak 20 tahun lalu juga merupakan kejayaan Persatuan Francais Malaysia (MFA) secara konsisten sehingga dikenali sebagai persidangan francais terbesar di Asia Tenggara.
Ia juga satu-satunya program yang diiktiraf World Franchise Council dan Asia Pasific Franchise Confederation.
“Selain itu, pada FIM 2014 ini juga sebanyak 130 syraikat francais terlibat selain 300 peserta dan 12,000 pengunjung yang dijangka hadir,” jelasnya.
Sebanyak 130 ruang pameran disediakan dan 65 peratus daripada sudah ditempah dan yakin ia diisi menjelang bulan Mei ini.
Program itu, katanya menjadi platform untuk mempertemukan penggiat francais tempatan bersama seluruh dunia termasuk Singapura, Korea dan Amerika Syarikat Syarikat.
“Ia juga mendedahkan rakyat di negara ini terutama golongan muda menceburi perniagaan francais selaras dengan tag line kementerian aitu Franchise For All,” katanya.–Malaysia Gazette