DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Pemulihan Pasca-Kisis Pandemik)
Fasa Peralihan Endemik bermula 1 April 2022 ini dilihat mampu memberi impak yang positif kepada aktiviti perniagaan berikutan kelonggaran yang diberikan dijangka akan memudahkan urusan penggiat industri serta rakyat Malaysia.
Menurut Persatuan Francais Malaysia (MFA), pembukaan semula sempadan antarabangsa dan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) pengoperasian perniagaan secara tidak langsung akan memudahkan penggiat industri francais melakukan aktiviti rundingan dengan pelabur-pelabur berpotensi atau rakan niaga.
Fasa endemik juga dilihat sebagai peluang kepada MFA untuk lebih giat mempromosikan program danaaktivti seperti program latihan, promosi dan pemasaran serta program pengantarabangsaan bagi membantu memulihkan industri francais dan ekosistemnya.
MFA turut memaklumkankan bahawa bagi program pengantarabangsaan (EFDP), MFA dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melaksanakan semula profram misi perdagangan antarabangsa secara bersemuka dan digital seperti di UAE, Bosnia, Afrika Selatan, Indonesia, Filipina, Asia Selatan dan Indo China.
Sumber: Majlis Keselamatan Negara (MKN)
Artikel Penuh: https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/03/21/fasa-peralihan-endemik-buka-lebih-peluang-aktiviti-perniagaan/