Putrajaya, 9 Julai 2024,
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedick dijangka akan mengetuai delegasi Misi Perdagangan Francais Antarabangsa di Bangkok Thailand pada 10 hingga 13 Julai ini.
Delegasi itu turut disertai Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) Datuk Hazimah Zainuddin; Pengerusi Persatuan Francais Malaysia Datuk Dr Radzali Hassan; Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan Vendor dan Francais KUSKOP Aidi Azli Wahit.
Selain itu, turut menyertai rombongan berkenaan adalah tujuh syarikat francais negara iaitu IrisPro, FatNinjas, MuzArt, MyeongDong Topokki, Cleanpro, D’ Tandoor dan Global Art.
Ewon akan merasmikan Pavilion Malaysia sempena Expo Thailand Franchise Business Opportunities 2024 pada Khamis dan mengadakan perbincangan meja bulat dengan Persatuan Francais Thailand.
Selepas itu beliau akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Perdagangan Thailand bagi membincangkan kerjasama perdagangan dalam sektor francais.
Beliau juga dijangka turut mengadakan pertemuan dengan diaspora Malaysia di Bangkok dan melawat dua syarikat francais di negara tersebut.
Sumber: Utusan Borneo
Artikel Penuh: https://www.utusanborneo.com.my/2024/07/09/ewon-ketuai-delegasi-negara-misi-perdagangan-francais-di-thailand