Date/Time
Date(s) - 21/07/2014
10:30 pm - 11:00 pm
Location
MFA Office
Categories
Taklimat tersebut diadakan bagi memberi informasi kepada pihak MFA berkenaan Program SAHABAT yang diwujudkan oleh pihak PTPTN bagi berjasama dengan agensi kerajaan atau swasta bagi menggalakkan kakitangan memilih kaedah potongan gaji bagi bayaran balik pembiayaan dan penambahan deposit SSPN-i disamping menjana pendapatan sampingan kepada Sahabat PTPTN.
Keistimewaan SAHABAT atau Majikan tersebut adalah seperti berikut :-
- Menikmati pemberian komisyen sebanyak RM2.00 bagi setiap pembukaan akaun SSPN-i yang berjaya dan RM0.50 bagi penambahan deposit SSPN-i yang dilaksanakan secara potongan gaji.
- Menikmati pemberiaan komisyen sebanyak RM10.00 bagi bayaran balik pembiayaan secara potongan gaji kali pertama yang berjaya.
- Berpeluang menyertai program-program yang bersesuaian anjuran PTPTN.
- Memperolehi informasi terkini PTPTN dari semasa ke semasa.
Keistimewaan kepada Kakitangan :-
- Berpeluang menikmati diskaun 10%
- Berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi Simpanan Mega dan Perdanan SSPN-i
- Menikmati pelbagai keistimewaan SSPN-i
- Berpeluang menerima cenderahati sebagai penghargaan
Syarat – Syarat Penyertaan :-
- Agensi kerjaan dan swasta adalah layak. Namun, agensi swasta perlulah agensi yang berdaftar.
- Tertakluk kepada kelulusan PTPTN.
Sehubungan itu, jika Majikan atau kakitangan yang berminat untuk program SAHABAT tersebut boleh menghubungi Cik Nur Damia Abdul Halim, Pegawai PTPTN Cawangan UTC Puduraya di talian 03-2080 4455 atau emel kepada nurdamia@ptptn.gov.my.