Date/Time
Date(s) - 05/08/2016
10:00 am - 12:00 pm
Location
Menara 238
Categories
Kajian Bahagian Siasatan Jenayah Siber & Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial mendapati terdapat banyak kes yang dilaporkan oleh para peniaga yang melibatkan penggodaman E-mail syarikat sehingga menyebabkan kerugian berjuta ringgit. Sehubungan dengan itu, bahagian ini bercadang untuk mengadakan perjumpaan di antara JSJK dengan 24 persatuan termasuk Persatuan Francais Malaysia bagi tujuan memberi taklimat tentang Modus Operandi kes ini dengan harapan ahli-ahli persatuan dapat mencegah atau mengelakan diri dari terlibat di dalam scam ini.
Mesyuarat ini diadakan di Bilik Mesyuarat JSM, JSJK pada 5 Ogos 2016 jam 10.00 pagi dan dipengerusikan oleh YDH Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK).