Date/Time
Date(s) - 29/05/2014
9:00 am - 12:30 pm
Location
PWTC
Categories
Dengan segala hormatnya, menjemput Ahli-Ahli Persatuan Francais Malaysia untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Francais Malaysia Kali Ke-19.
Maklumat lanjut berkenaan butiran program adalah seperti berikut :-
Tarikh : 29 Mei 2014, Khamis
Tempat : Bilik Johor & Kedah, Tingkat 2, Putra World Trade Center (PWTC), Kuala Lumpur
Masa : 9.00 am – 12.30 pm
Tetamu Kehormat : YB Dato’ Sri Hasan Malek, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Agenda Mesyuarat :-
- Ucapan Aluan Pengerusi
- Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-18
- Membentang dan Menerima Laporan Kemajuan Tahun 2013
- Membentang dan Menerima Laporan Kewangan Teraudit bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2013
- Pemilihan Juruaudit Dalaman MFA Sesi 2014/2016
- Membincang dan Meluluskan Cadangan Pindaan Undang-Undang Tubuh Persatuan (jika ada)
- Membincang dan Meluluskan Usul-Usul (jika ada)
- Ucapan Penangguhan
Sehubungan itu, mohon kerjasama daripada YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan untuk mengembalikan Borang A – Borang Pengesahan Kehadiran kepada pihak sekretariat selewat – lewatnya 21 Mei 2014, pada pukul 3.00 pm. Jika terdapat sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Cik Aida/ Cik Suraya di talian 03 – 2697 1557 atau emel kepada aida@mfa.org.my / suraya@mfa.org.my.
Sekian terima kasih.
[wpdm_file id=6]