Kuala Lumpur, 22 Jan 2024,
Pameran dan Persidangan Francis Antarabangsa Malaysia (FIM) bakal kembali dengan tawaran yang lebih menarik kepada pempamer serta pengunjung. Dengan rangan pameran luas yang boleh memuatkan hampir 250 reruai, FIM semestinya menjanjikan peluang yang lebih besar kepada usahawan.
Program pameran dan persidangan tahunan yang dianjurkan ole Persatuan Francis Malaysia (MA) akan berlangsung bermula dengan persidangan pada 29 Mei dan dikuti dengan pameran pada 31 Mei hingga 1 Jun 2024 di Pusat Konvensen Kuala Lumpur (KLCC).
Penganjuran FIM kali ke-31 ini disokong sepenuhnya ole Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE seta mendapat pengiktirafan daripada badan francais antarabangsa iaitu World Franchise Council (WFC dan Asia Pacific Franchise Confederation (APFC).
Pengerusi MFA, Datuk Dr. Radzali Hassan berkata sehingga kini sebanyak lebih 70% reruai telah disi ole syarikat-syarikat francais dan organisasi yang turt menyumbang kepada ekosistem francais. Selain jenama tempatan, FIM turt menarik minat pempamer daripada Jepun, Singapura, Korea Selatan, China, Taiwan, UAE dan India.
“Pelbagai jenama francais tempatan dan antarabangsa akan menyertai FIM, memberi peluang kepada pengunjung untuk bertemu dan berbincang dengan penggiat industri. Bagi sesetengah penggiat industri francais, FIM adalah titik permulaan untuk kembangkan perniagaan francais mereka dengan lebih melas,” beliau berkata ketika berucap di Mailis Pra – Pelancaran FIM2024, di sini.
FIM2024 dijangka akan menarik lebih 30,000 orang pengunjung dan menyasarkan nilai jualan berjumlah RM600 juta sepanjang tiga hari pameran berlangsung.
Lebih menarik, bersama-sama penganjurannya, turut diadakan Mesyuarat Tahunan APFC & WFC yang akan mengumpulkan wakil persatuan francais daripada lebih 40 bah negara. Malaysia sekali lagi menjadi hos untuk mesyuarat ini setelah kali terakhir meniadi tuan rumah pada tahun 2013.
Bersempena itu juga turut diadakan mails penuh berprestig iaitu Malam Anugerah Francais 2024 (MAF2024) yang akan menjadi malam bersejarah buat penggiat industri francais Malaysia, di mana ada diantara mereka akan diktiraf sebagai Francais Terbaik 2024. Oldtown White Coffee telah diktiraf sebagai pemenang Anugerah Francis Terbaik pada tahun 2023 dan Marrybrown pada tahun sebelumnya. Pencalonan angerah ini akan mula dibuka pada Februari dan terbuka kepada semua penggiat industri francais. Terdapat 21 kategori anugerah yang telah disenaraikan untuk pencalonan pada kali ini.
Datuk Dr. Radzali Hassan turt menyifatkan program yang bakal dianjurkan in sebagai satu inisiatif dalam membantu sahawan membangunkan perniagaan mereka sekaligus memperkasakan industri in dengan lebih mampan.
“Kami berharap dengan usaha ini dapat member peluang kepada penggiat industri dalam meluaskan perniagaan di peringkat tempatan bahkan antarabangsa. Diharapkan juga agar lebih ramai usahawan di luar sana terlibat dan berkecimpung dalam bidang perniagaan francais pada masa akan datang.
Saya menyeru kepada syarikat-syarikat francais untuk menyertai FIM2024 kerana ini adalah one-stop platform untuk mengukuhkan penjenamaan serta meluaskan jaringan perniagaan francais anda” katanya.
Sementara itu, program in juga turut mendapat kerjasama daripada rakan strategik termasuk Pos2u Sdn Bhd (Qsolve), Ayam Penet Bagus Sdn Bhd (Ayam Penyet Best), Kopitiam Asia Pacific Sdn Bhd (Oldtown White Coffee), Brickforest Sdn Bhd (Myeongdong Topokki) dan Marrybrown Sdn Bhd (Marrybrown).
Turut hadir ke majlis pelancaran ini, Nab Pengerusi MFA, Tn Hj. Mohamad Shukri Salleh dan Setiausaha Agung, Encik Deric Yeo.
Sumber: Backstage
Artikel Penuh: https://backstage2020.wordpress.com/2024/01/22/edisi-ke-31-fim-perkasa-usahawan-francais/