Kuala Lumpur, 18 Mei 2023,
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru pemain industri francais supaya berkolaborasi untuk mempromosikan jenama masing-masing ke peringkat antarabangsa.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata sudah tiba masanya kesemua pemain industri bersama dalam memasarkan produk mereka ke luar negara sekali gus mengetepikan persaingan.
“Saya yakin sekiranya kita bersama menggembleng tenaga untuk promosi jenama tempatan ke peringkat antarabangsa maka lebih banyak produk datang dari Malaysia lebih dikenali di luar negara.
“Kita seharusnya meletakkan segala usaha atas nama negara dan melupakan segala perbezaan kaum dan agama,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia (FIM) 2023, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini. – Bernama
Sumber: Media Permata
Artikel Penuh: https://mediapermata.com.bn/berkolaborasi-promosi-produk-ke-peringkat-antarabangsa/