13 Jun 2015 – Kosmo
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu lebih banyak institusi kewangan menawarkan skim pembiayaan mikro bagi membantu perniagaan di semua peringkat termasuk kumpulan berpendapatan rendah.
Beliau berkata, skim pembiayaan akan membantu usahawan yang baru bertapak mendapat bantuan selain galakan yang mereka harapkan.
“Industri francais Malaysia sudah melakukan lonjakan besar sejak kerajaan memperkenal Pelan Tindakan Pembangunan Francais Negara pada 2012,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia (FIM) 2015 di sini semalam.