2 Disember 2021, Petaling Jaya,
Setakat 31 Disember lalu, Arab Saudi menjadi negara yang memiliki francais outlet Malaysia terbanyak dengan 744 outlet diikuti Indonesia dengan 670 outlet.
Menurut statistik yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Amerika Syarikat menjadi negara ketiga memiliki outlet francais Malaysia terbanyak dengan 424 outlet dan Australia di tempat keempat dengan 381 outlet.
Kesemua negara tersebut disenaraikan dalam 10 Negara yang mempunyai outlet jenama francais Malaysia terbanyak.
Francais makanan dan minuman yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa adalah Marrybrown, Kenny Rogers Roasters, Tealive, Old Town White Coffee, The Manhattan Fish Market, Teh Tarik Place, Roti Boy, Fuel Shack dan beberapa lagi.
Dalam bidang pendidikan, Genius Aulad, Smart Reader Kids, CIC dan Q-dees antara yang menembusi pasaran dunia.
House of Healin bagi sektor kesihatan dan Poney dalam sektor pakaian turut berjaya menembusi pasaran antarabangsa dengan jayanya.
Sumber: Utusan Malaysia
Artikel Penuh: https://www.utusan.com.my/berita/2021/12/arab-saudi-tertinggi-miliki-outlet-francais-malaysia/