BERNAMA – 25 MARCH 2016
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) — Pemegang francais kelab kecergasan berpangkalan di AS, Anytime Fitness Malaysia, merancang untuk membuka 20 kelab baharu pada tahun ini.
Pengarahnya Dr Ali Roodgar berkata lima akan dibuka dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang di Lembah Klang, Putrajaya dan Johor.
“Kami berharap dapat membuka 15 cawangan kemudiannya pada tahun ini,” katanya kepada Bernama di sini.
Roodgar berkata penerima francais memerlukan antara RM1.2 juta dan RM1.5 juta sebagai modal permulaan untuk membuka sebuah pusat kecergasan.
“Berdasarkan rekod kami, pelabur akan mendapat pulangan pelaburan antara 22 dan 25 peratus selepas 15 hingga 17 bulan, disokong oleh model perniagaan kami yang unik,” katanya.
Pusat kecergasan itu membuka kelab utamanya di Puchong pada Jun 2014 dan kini mempunyai 10 premis di Lembah Klang dengan 8,000 anggota.
URL : http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/bu/newsbusiness.php?id=1228426