Kuala Lumpur, 17 Jun 2018,
Syarikat minuman, CoolBlog merancang untuk mengembangkan perniagaan ke pasaran Asia Tenggara seperti Indonesia dan Vietnam dalam tempoh dua tahun lagi.
Ketua Pegawai Eksekutif CoolBlog, Keith Loh berkata, rancangan itu mengambil kira kedudukan kukuh jenama itu dalam pasaran tempatan dengan hampir 300 cawangan di seluruh negara.
“Kita akan berkembang di Asia Tenggara dalam sekurang-kurangnya dua tahun lagi di Indonesia, Vietnam dan mungkin juga Kemboja, Laos dan negara-negara ASEAN yang lebih kecil.
“Di Malaysia pula, kita merancang membuka antara 15 hingga 20 cawangan lagi untuk tahun ini sebelum mula meneroka pasaran luar negara tahun depan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
CoolBlog merupakan syarikat minuman berasaskan ais campuran atau smoothie diasaskan di Malaysia sejak 10 tahun lalu kini telah tidak asing dalam kalangan masyarakat tempatan.
Sumber: Utusan Malaysia
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/coolblog-rancang-teroka-pasaran-asean-1.692076