Kuala Lumpur, 22 Mei 2018,
Industri francais di Malaysia diunjur berkembang antara 8 hingga 10 peratus pada tahun ini susulan pertumbuhan yang lebih baik pada Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia (FIM 2018) yang berlangsung pada bulan lalu.
Pengerusi Persatuan Francais Malaysia, Datuk Radzali Hassan berkata, FIM 2018 mencatatkan transaksi potensi urus niaga meningkat lebih 10 peratus kepada RM410 juta berbanding RM373 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.
Jelas beliau, pencapaian itu jauh lebih tinggi berbanding sasaran awal iaitu antara lapan peratus hingga 10 peratus.
Sumber : Utusan Malaysia
Artikel Penuh : http://www.utusan.com.my/berita/nasional/mfa-sasar-52-pencalonan-pada-afm-2018-1.677263