20 April 2018,
PETRONAS Dagangan Bhd (PDB) merancang untuk membuka 100 kios Starbuck ‘om-the-go’ di stesen PETRONAS terpilih seluruh negara melalui tempoh dua tahun akan datang. Pengarah urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus, berkata pembukaan kios kopi itu adalah hasil kerjasama dengan pemegang lesen jenama kopi ‘Starbucks’ di Malaysia, iaitu Berjaya Starbuck Coffee Company Sdn Bhd (Starbuck Malaysia).
Ia juga dijangka melengkapkan strategi perniagaan syarikat dalam menawarkan penyelesaian makanan dan minuman berkualiti, berpatutan dan pantas kepada pelanggan.
Sumber : Berita Harian
Artikel penuh : https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian5831/20180420/281930248577122