Kuala Lumpur, 8 Mac 2018,
Gapurna Permai Sdn Bhd, (GPSB), anak syarikat milik penuh Oil Ehsan Sdn. Bhd. menandatangani perjanjian dengan jenama kopi United Kingdom, Costa Coffee PLC.
Perjanjian tersebut adalah sebagai persetujuan terhadap syarat dan terma perlantikan GPSB menjadi francais induk jenama Costa Coffee di Malaysia.
Pengarah Gapurna Permai, Nor Izzati Mohamad Salim berkata, fokus syarikat itu pada tahun pertama adalah untuk membuka kiosk dan butik kopi di pusat pengangkutan utama dan pusat membeli-belah di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Artikel Penuh : http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/gpsb-pemegang-francais-utama-kopi-costa-di-malaysia-1.624113
Sumber : Utusan Malaysia