Kuala Lumpur, 8 March 2018,
Fujifilm (Malaysia) Sdn Bhd (Fuji Malaysia) menyasarkan jualan sebanyak 500 unit bagi kamera berprestasi tinggi terbaharu, X-H1 menjelang hujung tahun ini.
Pengarah Urusannya, Yoshitaka Nakamura berkata, sasaran terbabit dilihat mampu dicapai kerana ia adalah dihasilkan bagi memenuhi keperluan jurugambar dan juruvideo profesional yang bekerja dalam suasana mencabar dengan tekanan tinggi.
Menurutnya, syarikat merancang untuk melaksanakan kempen promosi agresif bagi kamera itu melalui sesi pembabitan dengan jurugambar dan juruvideo akhbar daripada syarikat media di negara ini bagi mencapai sasaran jualan terbabit.
Artikel Penuh : https://www.bharian.com.my/bisnes/teknologi/2018/03/396774/fujifilm-tawarkan-kamera-untuk-profesional
Sumber : Berita Harian