Kuala Lumpur, 31 Januari 2018,
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) merancang untuk membuka lima cawangan yang menawarkan perkhidmatan mikrokredit Ar-Rahnu di Jakarta, Indonesia pada April ini.
Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Abibullah Samsudin berkata, usaha itu bertepatan dengan kehendak pasaran semasa yang menyaksikan permintaan pelanggan terhadap emas terus kukuh sambil dipacu oleh harga kompetitif.
“Yapeim yakin perkhidmatan yang disediakan ini akan berkembang dan seterusnya memberi pulangan positif kepada keuntungan yayasan,” katanya ketika berucap dalam majlis Apresiasi YaPEIM Bersama Media 2018 di sini malam ini.
Majlis dianjurkan bagi meraikan dan menghargai peranan media itu dihadiri kira-kira 100 pengamal media cetak dan elektronik tempatan. Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, Yapeim juga merancang untuk meneroka beberapa lagi cabang perniagaan baharu termasuk sektor perhotelan.
Artikel penuh : http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/yapeim-buka-cawangan-ar-rahnu-di-jakarta-1.600344