22 December 2014 – Sinar Harian
BAKERI dan kafe dari Amerika Syarikat (AS), O’ My Bun! telah dibuka kepada rakyat Malaysia dengan perasmian kedai pertamanya di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.
Terkenal dengan keenakan ban kopi pelbagai topping dan inti dan yang dihasilkan segar setiap hari, O’My Bun! juga menyediakan kopi dan teh import yang dapat memenuhi cita rasa penggemarnya.
Ban kopi yang diperbuat daripada kopi bebas kafein, rangup di luar dan lembut di tengahnya bagi setiap gigitan.
Inti mentega atau savori istimewanya memberikan rasa yang seimbang bagi setiap ban yang terdapat di O’My Buns.
Para pelanggan boleh memilih sama ada Original Coffee Bun, Original Vanilla Bun atau ban berinti seperti Cream Cheese Vanilla Bun, Honey Butter Coffee Bun dan lain-lain perasa.
Topping tambahan termasuk kacang almond, walnut, kulit kayu manis, gula dan cip coklat. Ban ini dijual pada harga RM2.50 ke atas.
Melengkapkan lagi sajian ban, ada pelbagai jenis kopi, teh, smooties dan slushies yang diimport untuk dinikmati bersama.
Harga minuman pula daripada RM4.00 ke atas.
Naza Tutti Frutti (Malaysia) Sdn.Bhd melalui syarikat bersekutunya, DIIZ OMB Sdn Bhd, merupakan pemegang lesen utama rangkaian O’My Buns! di Malaysia.
Syarikat ini juga merupakan pemegang lesen utama jenama Tutti Frutti Fozen Yogurt di Malaysia, Singapura, Thailand, Kemboja dan Brunei.
O’My Buns! akan membuka empat buah kedai pada tahun 2015.
Sebanyak 15 kedai lagi dijangka dibuka pada tahun 2016.
Kedai-kedai itu terletak di Lembah Klang dan bandar-bandar besar lain di seluruh negara.