Putrajaya, 18 Oktober 2022,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengadakan satu misi perdagangan ke Manila, Filipina bermula 14hingga 16 Oktober 2022.
Dalam kenyataan hari ini, KPDNHEP berkata, misi perdagangan ini merupakan program pengembangan francais yang dilaksanakan di bawah Program Pengukuhan Francais bagi Meningkatkan Eksport (EFDP). Misi kali ini adalah misi perdagangan ke-5 yang dijadualkan pada tahun ini selepas Jeddah, Johannesberg, Afrika dan Indonesia.
Delegasi KPDNHEP telah diketuai oleh Pengarah Kanan Sektor Perdagangan Pengedaran danPerniagaan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato’ Rohaizi bin Bahari.
Selain wakil daripada KPDNHEP, delegasi ini juga turut disertai oleh Persatuan Francais Malaysia (MFA) dan 8 syarikat francais terkemuka tempatan seperti Aloha, Cheeseu, HOME Math Therapy, Laundrybar, Marrybrown, Muzart, Oldtown White Coffee dan US Pizza.
KPDNHEP akan membawa lebih banyak produk francais tempatan yang mempunya kelainan tersendiri untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa. Di peringkat global, jenama francais Malaysia juga telah berkembang sebagai jenama terkemuka di seluruh dunia, dengan lebih daripada 68 jenama di 74 negara.
Ketika ini, sebanyak 9 jenama francais Malaysia sudah berjaya berkembang di Filipina, dan kita mahu ia terus bertambah memandangkan jenama francais Malaysiajelas memiliki potensi di sini. “Di Filipina ini kita lihat ada potensi pasaran yang besar kerana persamaan citarasa dan budaya rakyatnya. Jadi, ini memudahkan kita bekerjasama dan memperluaskan lagi produk francais tempatan,” kata Dato’ Rohaizi Bahari selepas merasmikan Pavilion Malaysia sempena Franchise Asia Philippines 2022 (FAPHL2022).
Turut hadir, Pengerusi Persatuan Francais Filipina (PFA), Chris Lim dan Naib Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA), Dato’ Zahriah Abd Kadir.
8. Selain itu, delegasi Malaysia turut mengadakan beberapa aktiviti lain seperti pertemuan dengan pihak Malawakil juga pihak agensi Kerajaan di Filipina, lawatan kerja ke cawangan jenama francais Filipina dan cawangan jenama francais Malaysia yang telah menembusi pasaran Filipina iaitu Tealive.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
Putrajaya, 18 Oktober 2022
Sumber: Siakap Keli
Artikel Penuh: https://siakapkeli.my/2022/10/18/misi-perdagangan-francais-malaysia-ke-manila-filipina/