Kuala Lumpur, 8 September 2022,
Nilai jualan industri francais negara disasarkan meningkat kepada RM22.66 bilion menjelang tahun 2025 berbanding RM14.65 pada tahun 2020.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, industri francais tempatan berkembang pesat dengan jumlah pendaftaran sektor itu kini sebanyak 1,149 syarikat francaisor didaftarkan dibawah Akta Francais 1998.
Tambah beliau, sebanyak 13,779 bilangan outlet dibuka pada tahun lalu, menunjukkan peningkatan sebanyak 47 peratus berbanding tahun 2020.
“Hampir 49,000 peluang pekerjaan telah diwujudkan pada tahun 2021, dan saya jangkakan lebih banyak lagi peluang pekerjaan dapat diwujudkan menerusi peningkatan bilangan syarikat francais di dalam negara” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan yang dibacakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ketika melancarkan Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia ke-29 (FIM) 2022, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Ismail Sabri berkata, jenama francais tempatan telah berkembang menjadi jenama terkemuka di serata dunia, dengan lebih 68 jenama berada di 74 buah negara.
Jelas beliau, dalam memastikan hasrat kerajaan untuk mengekalkan perkembangan industri francais negara, KPDNHEP mempergiat usaha untuk melaksanakan program pembangunan francais dama ada di peringjat domestik mahu pun global.
Antaranya adalah membangunkan mikro francais untuk meninngkatkan tahap sosioekonomi golongan B40 dan M40.
“Usaha ini diharapkan mencetuskan minat menceburi industri francais yang dilaksanakan menerusi Program Francais Mikro dan Mampu Milik,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, Pameran Francais Antarabangsa Malaysia ke-29 (FIM2022) kembali dianjurkan secara fizikal akan dianjurkan selama tiga hari bermula hari ini sehingga 10 September ini setelah dua tahun diadakan secara maya susulan negara dilanda pandemik Covid-19.
Program FIM2022 dianjurkan oleh KPDNHEP dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia (MFA) bukan sahaja mempromosikan perniagaan francais dan mengukuhkan industri francais tempatan tetapi juga memberi peluang kepada francaisor untuk mengembangkan jaringan perniagaan di peringkat global.
Menurut Ismail Sabri, FIM2022 melibatkan 91 pempamer dari sembilan buah negara.
“Daripada jumlah itu, 26 peratus pempamer adalah pempamer antarabangsa dengan 150 ruang pameran, termasuk Malaysia. Ekspo ini dijangka mencatatkan 14, 000 kunjungan dengan nilai potensi pelaburan sebanyak RM450 juta” katanya lagi.
rogram FIM2022 yang dianjurkan oleh KPDNHEP dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia bukan sahaja mempromosikan perniagaan francais dan mengukuhkan industri francais tempatan tetapi juga memberi peluang kepada francaisor untuk mengembangkan jaringan perniagaan di peringkat global.
Sumber: Malaysia Gazette
Artikel Penuh: https://malaysiagazette.com/2022/09/08/kerajaan-sasar-rm22-66-bilion-nilai-jualan-francais-menjelang-2025-pm/