Kuala Lumpur, 8 September 2022,
Kerajaan menggalakkan lebih banyak pihak untuk mengambil peluang menceburkan diri dalam industri francais negara yang dilihat mempunyai potensi besar untuk terus berkembang.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi berkata industri itu berperanan penting dalam fasa pemulihan ekonomi negara, khususnya melibatkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.
Sumber: The Malaysian Insight
Artikel Penuh: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/400265