18 Mei 2022,
McDonald’s Malaysia baru- baru ini mengumumkan 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022 untuk menghargai para guru Kementerian Pendidikan yang ‘luar biasa’ atas jasa mereka meningkatkan kecemerlangan akademik dan mewujudkan akses kepada pendidikan untuk anak murid.
Memasuki tahun keenam penganjurannya, anugerah itu telah menerima lebih daripada 5,600 pencalonan mulai 10 Mac hingga 2 April lalu dan daripada keseluruhan pencalonan yang diterima, 25 pemenang dipilih berdasarkan komitmen mereka dalam mendidik anak – anak bangsa negara. “McDonald’s memperkenalkan anugerah tahunan ini sebagai salah satu inisiatif dan komitmennya dalam menyumbang kepada masyarakat di sekitar lokasi operasinya dengan mengiktiraf guru ‘luar biasa’ yang memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan negara melalui pendidikan”.
“Setiap guru adalah unik dan dapat memberi inspirasi secara tersendiri. Kami telah melihat peningkatan jumlah pencalonan sebanyak lebih 1,200 berbanding tahun lalu. Kisah luar biasa yang diterima adalah tanda komitmen tidak berbelah bahagi para guru dalam melaksanakan tanggungjawab mereka melebihi tugas – tugas hakiki demi mendidik murid – murid secara menyeluruh,” kata Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia.
- McDonald’s Malaysia mengumumkan penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022 di Universiti Malaysia Kelantan yang disempurnakan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr.Radzi Jidin.
Sumber: Utusan Malaysia