Petaling Jaya, 18 Mei 2022,
AEON CO. (M) BHD. (AEON) berkolaborasi dengan kumpulan animasi Omar dan Hana, melalui pelancaran perisa baharu dalam rangkaian produk onigiri. Majlis pelancaran berlangsung di AEON Mall Shah Alam baru – baru ini dengan dihadiri Ketua Pegawai Operasi AEON, Sunny Setiawan; Ketua Pegawai Sumber Manusia AEON, Dr. Kasuma Satria; Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Digital Durian, Sinan Ismail dan Pengurusan IP Tempatan dan Pembangunan Perniagaan Astri, Izrol Izuddin Ahmad.
Terdapat lima perisa yang diperkenalkan untuk pasaran kanak – kanak, diwakili watak dalam animasi Omar & Hana iaitu Kacang Merah (Red Bean/Omar), Kacang dan Coklat (Choco Peanut/Hana), Kentang dengan mayonis (Potato Mayo/Sara), Tuna dengan mayonis (Tuna Mayo/Yuki) dan Ketam dengan mayonis (Kani Mayo/Indra).
Sunny berkata, kerjasama itu merupakan langkah AEON untuk menggiatkan pembangunan produk asimilasi Malaysia – Jepun dan syarikat yakin produk tersebut mampu mendapat sambutan yang baik daripada pelanggan AEON dan peminat Omar & Hana.
Kata beliau, pemilihan produk onigiri sebagai pencetus kolaborasi bertujuan memperkenalkan budaya makan makanan sihat dan berkhasiat dalam kalangan kanak – kanak di Malaysia.
Sumber: Utusan Malaysia