3 Disember 2021,
Seramai 37 pemohon Program Pembangunan Francais Mikro dan Mampu Milik menerima geran penuh dan geran padanan masing-masing pada Khamis, dengan nilai keseluruhan sebanyak RM2,956,116. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, jumlah itu melibatkan lapan penerima geran penuh berjumlah RM840,000 dan 29 lagi penerima geran padanan bernilai RM2,116,116.
Sumber: Astro Awani
Artikel Penuh: https://www.astroawani.com/video-malaysia/pakej-francais-mikro-37-pemohon-terima-geran-rm2-96-juta-1938049