My Metro – 12 November 2015
Putrajaya : Sebanyak 60 jenama dihasilkan usahawan tempatan kini mula mendapat tempat di peringkat antarabangsa apabila dikembangkan di 55 negara menerusi perniagaan francais.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, 60 jenama itu dihasilkan menerusi 2,000 perniagaan francais dikendalikan usahawan tempatan.
Beliau berkata, kementerian kini berusaha memastikan industri francais diangkat sebagai satu sektor utama yang dapat menyumbang pada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.
“Sebanyak 794 syarikat didaftarkan menerusi perniagaan francais tahun ini iaitu meningkat lapan peratus berbanding tahun lalu.
“Pertumbuhan itu menunjukkan pembangunan francais milik usahawan tempatan kini semakin mendapat tempat dan dikenali tidak kira di dalam negara mahupun luar negara,” katanya pada sidang media sempena Malam Anugerah Francais (MAF) 2015, di sini, semalam.
URL : http://www.hmetro.com.my/node/92389#sthash.8cr10rA8.dpuf