22 December 2014 – Sinar Harian
CAFE O’My Buns! bakal membuka 15 cawangan menjelang 2016 yang mana empat daripadanya beroperasi di Lembah Klang pada 2015.
Dalam satu kenyataan media, Pengarah Urusan Naza Tutti Fruitti, Izham Hakimi Hamdi berkata, dalam tempoh itu juga, pihaknya menjangkakan jenama yang berasal dari California, Amerika Syarikat itu akan berada di semua bandar di seluruh negara.
“Industri kulinari Malaysia menjadi lebih baik pada masa kini dalam pembuatan pastri, kopi dan yogurt beku menjadikan sektor berkenaan lebih berdaya saing dengan membawa jenama Tutti Frutti bersama roti O’My Buns! dan berharap kedua-dua jenama boleh menyumbang kepada negara.
“Berdasarkan perkembangan industri kulinari Malaysia yang positif, kemungkinan kami akan membuka sehingga 15 cawangan O’My Buns dalam tempoh setahun,” katanya.
Sebelum ini, majlis pelancaran O’My Buns! diadakan di Tutti Fruiti Taman Tun Dr.Ismail, baru-baru ini.
Naza Tutti Frutti (Malaysia) Sdn. Bhd, adalah syarikat bersekutu DIIZ OMB Sdn. Bhd. yang juga pemegang lesen induk O’ My Buns di Malaysia.
Naza juga pemegang lesen induk Tutti Frutti Frozen Yogurt di Malaysia, Singapura, Thailand, Kemboja dan Brunei.
Cafe O’My Buns! yang dibuka buat pertama kalinya di Malaysia, mengutamakan roti kopi yang dibuat segar dengan pelbagai ‘topping’ buatan mereka sendiri yang tiada seumpamanya di ibu negara.
“Pelanggan boleh memilih roti kopi asli, vanila asli atau lebih istimewa roti vanila disalut keju, roti kopi disalut madu dan perisa lain. Toping disediakan almond, cinnamon sugar dan chocalate chips,” katanya.