Kuala Lumpur, 20 April 2021,
Sejumlah 1,000 bungkus bubur lambuk sehari diagihkan secara percuma kepada warga Bandar Sri Permaisuri, Cheras dan kawasan sekitarnya sepanjang Ramadan ini menerusi program ‘Infaq Ramadan Bersama Q Bistro’, mulai 15 April lepas.
Pengarah Urusan Q-Bistro, En. Riyasutin B Mohamed Dulkif berkata, tujuan utama program ini dianjurkan adalah sebagai salah satu initiatif Q-Bistro bagi menghulur sedikit sumbangan kepada golongan yang memerlukan dan memberi ruang kepada kakitangan Q Bistro untuk membantu penduduk setempat.
“Program kemasyarakatan ini diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban golongan yang memerlukan sempena bulan Ramadan ini.
Selain itu, Q Bistro juga akan mengagihkan pek barangan keperluan asas dan wang tunia kepada 100 keluarga asnaf di Bandar Sri Permaisuri seperti beras, gula, minyak masak, tepung dan bahan-bahan asas lain yang ditaja sepenuhnya oleh restoren itu.
Majlis perasmian program “Infaq Ramadan Bersama Q Bistro” telah dirasmikan oleh YB Dato’ Kamaruddin Jaffar selaku Timbalan Menteri Luar Negeri dan merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak pada 15hb April 2021 di restoren Q-Bistro Cheras.
Q Bistro adalah jenama francais Malaysia berkonsepkan restoren nasi kandar moden yang menawarkan peluang perniagaan francais bagi menggalakkan lebih ramai menceburi francais Q Bistro.
Sumber : BERNAMA
Artikel Penuh: https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1953961