EKSPO FRANCAIS TAHUN 2010
Francais - Peluang & Solusi

Ekspo Francais adalah program yang bakal menjadi pusat pertemuan dikalangan penggiat francais dan orang ramai. Program ini bermatlamat untuk menyahut saranan pihak kerajaan bagi melahirkan 50 francaisor dan 1000 francaisi tempatan. Ia adalah anjuran bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDNKK), Persatuan Francais Malaysia (MFA) dan Perbadanan Nasional Berhad (PNS).
 
Objektif program ini adalah seperti berikut:
  1. Mempromosi dan mendedahkan kepada bakal-bakal usahawan mengenai pembangunan sektor Francais di Malaysia dan peluang-peluang perniagaan yang boleh diceburi.

  2. Memberikan pendedahan dan pendidikan kepada orang ramai mengenai konsep asas perniagaan Francais;

  3. Menerangkan kepada orang ramai mengenai polisi dan sokongan kerajaan serta agensi-agensi yang terlibat dalam pembangunan industri Francais.

 


CADANGAN TARIKH DAN LOKASI PELAKSANAAN PROGRAM 

EKSPO FRANCAIS 2010

Ebulletin

 

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan sekretariat MFA iaitu En. Asyraf / Cik Tong Ee Ling / Pn. Intan di talian 03-2697 1557.